MAKSUD 12 SIMBOL LAMPU LAMPU PENUNJUK KERETA PADA DASHBOARD ANDA
LAMPU BREK TANGAN
Lampu ini menunjukkan brek tangan aktif ketika dipasang untuk parking. Pastikan ia menyala ketika meninggalkan kenderaan. Pastikan padam sebelum memulakan perjalanan.
LAMPU SISTEM ABS
Antilock Braking System atau singkatannya ABS adalah satu sistem kompleks untuk mengelakkan roda kereta anda terkunci apabila membrek.
LAMPU BATERI
Sekiranya lampu ini sudah menyala, menandakan bahawa bateri kereta anda mungkin sudah rosak atau lemah dan sudah tiba masanya untuk menukar dengan bateri yang baru. Jangan lupa tukar dengan kami Bateriku.com, Bateri Premium Harga Senyum.
LAMPU CHECK ENGINE
Lampu ini menandakan keadaan enjin anda. Jika lampu ini menyala ketika cuba hidupkan kereta, mungkin ada masalah enjin. Segera hubungi bengkel kereta untuk pemeriksaan lanjut.
LAMPU TRACTION CONTROL SYSTEM(TCS)
Simbol kereta tergelincir menunjukkan Traction Control System (TCS), yang mengawal cengkaman tayar. Lampu ini akan menyala jika TCS dimatikan secara manual, dan akan berkelip ketika aktif..
LAMPU TAHAP MINYAK
Lampu ini biasanya akan menyala apabila tahap bahan bakar kereta anda berada di tahap yang rendah. Segera ke petrol minyak yang berdekatan untuk mengisi minyak.
LAMPU TALI PINGGANG KELEDAR
Lampu ini menunjukkan jika tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu. Sesetengah kereta juga mengeluarkan amaran jika penumpang di hadapan tidak memakai tali pinggang ketika kereta bergerak.
LAMPU BEG SRS
Apabila lampu amaran beg SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kereta anda. Ini menunjukkan masalah pada beg keselamatan udara kereta anda yang perlu diperiksa..
LAMPU MINYAK ENJIN
Ini merupakan lampu amaran kuantiti minyak enjin. Sekiranya menyala ketika anda sedang memandu, enjin anda berkemungkinan besar kekurangan minyak hitam / minyak enjin.
LAMPU PINTU KERETA
Lampu penunjuk kereta ini akan menyala apabila salah satu pintu kereta atau bonet anda tidak ditutup rapat.
LAMPU ELECTRIC POWER STEERING (EPS)
Lampu amaran ini akan menyala ketika kunci diputar ke posisi ON dan padam ketika enjin dihidupkan. Jika tetap menyala selepas enjin hidup, mungkin ada masalah dengan sistem Electric Power Steering (EPS). Anda mungkin merasa stereng terasa berat untuk dipusingkan.
LAMPU MOD ECO
Lampu ini hanya terdapat pada sesetengah keretabaru yang mempunyai mod Economy. Perkataan ECO disini merupakan singkatan kepada Economy yang bermakna anda sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien
MAKSUD 12 SIMBOL LAMPU LAMPU PENUNJUK KERETA PADA DASHBOARD ANDA
Lampu ini menunjukkan brek tangan aktif ketika dipasang untuk parking. Pastikan ia menyala ketika meninggalkan kenderaan. Pastikan padam sebelum memulakan perjalanan.
Antilock Braking System atau singkatannya ABS adalah satu sistem kompleks untuk mengelakkan roda kereta anda terkunci apabila membrek.
Sekiranya lampu ini sudah menyala, menandakan bahawa bateri kereta anda mungkin sudah rosak atau lemah dan sudah tiba masanya untuk menukar dengan bateri yang baru. Jangan lupa tukar dengan kami Bateriku.com, Bateri Premium Harga Senyum.
Lampu ini menandakan keadaan enjin anda. Jika lampu ini menyala ketika cuba hidupkan kereta, mungkin ada masalah enjin. Segera hubungi bengkel kereta untuk pemeriksaan lanjut.
Simbol kereta tergelincir menunjukkan Traction Control System (TCS), yang mengawal cengkaman tayar. Lampu ini akan menyala jika TCS dimatikan secara manual, dan akan berkelip ketika aktif..
Lampu ini biasanya akan menyala apabila tahap bahan bakar kereta anda berada di tahap yang rendah. Segera ke petrol minyak yang berdekatan untuk mengisi minyak.
Lampu ini menunjukkan jika tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu. Sesetengah kereta juga mengeluarkan amaran jika penumpang di hadapan tidak memakai tali pinggang ketika kereta bergerak.
Apabila lampu amaran beg SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kereta anda. Ini menunjukkan masalah pada beg keselamatan udara kereta anda yang perlu diperiksa..
Ini merupakan lampu amaran kuantiti minyak enjin. Sekiranya menyala ketika anda sedang memandu, enjin anda berkemungkinan besar kekurangan minyak hitam / minyak enjin.
Lampu penunjuk kereta ini akan menyala apabila salah satu pintu kereta atau bonet anda tidak ditutup rapat.
Lampu amaran ini akan menyala ketika kunci diputar ke posisi ON dan padam ketika enjin dihidupkan. Jika tetap menyala selepas enjin hidup, mungkin ada masalah dengan sistem Electric Power Steering (EPS). Anda mungkin merasa stereng terasa berat untuk dipusingkan.
Lampu ini hanya terdapat pada sesetengah kereta baru yang mempunyai mod Economy. Perkataan ECO disini merupakan singkatan kepada Economy yang bermakna anda sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien